SIGMA ialah inisiatif dibawah Jawatankuasa Khas Pendidikan Tinggi dan Hal Ehwal Mahasiswa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi menghimpunkan barisan mahasiswa dari Cawangan Khas seluruh negara.
Kami berperanan memperkukuh suara pelajar dalam isu kebajikan, kepimpinan dan pembangunan bangsa seiring matlamat GPMS meninggikan taraf pendidikan dan masyarakat sesuai dengan kemajuan semasa.